Thursday, April 26, 2012

Persiapan Pasukan Memanah Kebangsaan

Sebagai persiapan menjelangnya sukan Olimpik London 2012 Julai ini, pasukan memanah kebangsaan kita akan menghadiri beberapa kejohanan pemanas badan. Antara pertandingan yang disertai adalah 1st Asian Grand Prix Bangkok, Thailand, Archery World Cup Stage 1 Shanghai, China, Archery World Cup Stage 2 Antalya,Turkey pada 28 Apr - 7 Mei ini dan Archery World Cup Stage 3 Ogden, USA Jun nanti. Hampir seluruh pasukan dunia pelbagai negara akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Fokus utama adalah sebagai persiapan menjelang sukan Olimpik London nanti. 
Apa yang kita semua harapkan adalah semasa pertandingan Archery World Cup Stage 3 di Ogden, USA nanti agar pasukan wanita kita juga akan turut mengikuti jejak langkah pasukan lelaki dengan melayakkan pasukan Malaysia ke sukan Olimpik London. Peluang masih lagi terbuka dan diharapkan pasukan wanita kita mempunyai kekuatan untuk ke arah itu. Dengan latihan yang konsisten dan kualiti, tidak mustahil pasukan memanah wanita kita mampu dan boleh melakukannya. 
Bagi pasukan memanah lelaki negara, kekalkan fokus terhadap latihan dan sentiasa berkerja kuat dalam usaha untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara. Dengan usaha dan semagat yang gitu, disulam pula dengan doa serta ikhtiar, dan seterusnya tawakkal kepada Tuhan, tidak mustahil anda mampu melakukannya. Fighting !!!!

Friday, July 8, 2011

Zolkples cabar atlet/harian metro/08072011

“CONTOHI trio memanah negara”. Itu gesaan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kepada seluruh atlet negara terutamanya yang tersenarai dalam program Road to London 2012.

Menurut Zolkples walaupun terdapat pihak yang menggesa memanah digugurkan daripada program terbabit selepas kegagalan di Sukan Komanwel dan Asia pada hujung tahun lalu, mereka bangkit untuk menjadi kumpulan pertama layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.


“Atlet lain yang belum melayakkan diri terutamanya menembak perlu meningkatkan usaha. Trio terbabit yang disertai dua pemanah muda perlu dijadikan contoh,” katanya ketika diminta mengulas kejayaan Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad layak ke Sukan Olimpik 2012, kelmarin.

Trio yang diketuai pemanah berpengalaman, Chu Sian mengharungi pertarungan penuh dramatik sebelum berjaya menjadi pasukan kesembilan terbaik sekali gus menempah tiket bersama-sama Korea Selatan, Perancis, Mexico, Itali, Ukraine, China dan Amerika Syarikat manakala Great Britain layak automatik selaku tuan rumah.


“Kini mereka boleh memberikan tumpuan untuk membuat persediaan menghadapi temasya itu. MSN akan berbincang bersama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) selepas ini bagi merencanakan program pendedahan bersesuaian bagi meningkatkan lagi prestasi mereka.


“Malah usaha untuk mencapai kilauan pingat tidak mustahil untuk dilakukan jika tumpuan sepenuhnya diberikan pada hari kejohanan kerana memanah adalah sukan yang tidak membabitkan sebarang sentuhan cuma kekuatan diri sendiri saja.

“Mereka sudah membuktikan dengan menewaskan India (pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2010) serta Poland yang dianggap lebih kuat,” katanya.


Zolkples turut mendedahkan berita gembira kepada Haziq dan Khairul Anuar apabila bakal tersenarai dalam program Road to London berikutan kejayaan yang dicapai itu selain ketiga-tiga pemanah terbabit juga bakal dibayar elaun RM2,000 sebulan bermula bulan depan.

Selain memanah, sukan yang berada dalam program Road to London 2012 adalah badminton, hoki, terjun, menembak dan bola sepak.


Sesetengah daripadanya masih belum beraksi pada peringkat kelayakan seperti hoki dan terjun manakala bola sepak dan badminton sudah dalam proses memburu tiket.

Thursday, July 7, 2011

Trio recurve layak ke Olimpik London 2012/UM07072011


KUALA LUMPUR - Trio memanah kebangsaan, Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad muncul kumpulan atlet pertama layak ke Olimpik London 2012 secara merit setelah meraih tempat kesembilan acara berpasukan pada Kejohanan Memanah Dunia di Torino, Itali semalam.

Kejayaan mereka di luar jangkaan dan amat membanggakan setelah pasukan negara berdepan saingan sengit daripada pasukan handalan dunia.

Menentang pasukan pilihan Perancis pada pusingan pertama kalah mati pada saingan sesi pagi, Malaysia merupakan pasukan bukan pilihan.

Namun, trio negara hampir melakukan kejutan, apabila pada satu ketika mengikat jaguh Eropah itu 216-216, sebelum pusingan penentuan kalah mati, yang akhirnya kemenangan memihak Perancis.

Kekalahan tersebut sepatutnya menjejaskan semangat Chu Sian dan rakan sepasukannya, apabila hanya selangkah untuk menggenggam tiket ke Olimpik sebagai lapan pasukan terbaik kejohanan, tetapi akhirnya terpaksa mengharungi saingan repercharge.

Namun, pemanah negara menerima cabaran dalam saingan repercharge untuk menentukan pasukan tempat kesembilan, yang merupakan slot terakhir ke Olimpik.

Kejayaan Britain mara ke suku akhir, slot terakhir menjadi rebutan lapan pasukan yang tewas pada pusingan pertama yang akhirnya menjadi milik Malaysia.

Malaysia menumbangkan satu demi satu lawan bermula dengan kemenangan 222-216 ke atas Kanada, disusuli kejutan menewaskan pemenang pingat emas Sukan Komanwel, India 225-219 dan melengkapkan kebangkitan sensasi dengan membenam Poland 219-217.

Ini bermakna keputusan ketua jurulatih, Lee Jae-hyung yang membuat keputusan drastik menyingkirkan beberapa atlet program Road to London dan mempertaruhkan muka baru seperti Haziq dan Khairul Anuar untuk digandingkan bersama Chu Sian, membuahkan hasil.

Setelah layak dalam acara berpasukan, bermakna tiga slot dalam acara individu sudah terjamin, tanpa mengambil kira keputusan pada pusingan kalah mati individu yang akan berlangsung hari ini.

Trio recurve layak ke Olimpik London 2012

TIGA atlet memanah negara yang dibarisi Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad menjadi kumpulan atlet pertama Malaysia mengesahkan tempat beraksi di Sukan Olimpik 2012 London menerusi acara recurve berpasukan.

Trio yang menggandingkan muka lama dan baru itu turut mengesahkan tiga tiket untuk beraksi dalam acara recurve individu selepas berjaya menewaskan Poland dengan kelebihan dua mata apabila meraih 219 mata pada pertarungan yang berlangsung di Torino, Itali, semalam.


Namun tiket itu diraih dengan penuh dramatik apabila peluang barisan pemanah negara itu pada awalnya tertutup selepas gagal layak ke suku akhir berikutan tewas kepada Perancis dalam play-off (terikat 216 mata) di pusingan pertama.

Ia kemudiannya memaksa penentuan tiga panahan terbaik dijalankan dan sekali lagi terikat 26 mata namun Malaysia membuat bantahan selepas berlaku masalah teknikal yang seterusnya memaksa tiga panahan lagi dilakukan namun kali ini trio negara tewas apabila mengumpul 26 mata manakala lawan, 27.


Keputusan itu sekali gus menggagalkan usaha anak buah ketua jurulatih negara, Lee Jae-hyung menjadi lapan pasukan terbaik untuk tiket automatik ke Olimpik London, namun Malaysia nyata bernasib baik apabila Great Britain yang juga tuan rumah kejohanan itu turut layak ke suku akhir.


Ia sekali gus memberi peluang kedua kepada trio negara serta tujuh pasukan lain yang gagal layak ke suku akhir, namun Malaysia yang berjaya akhirnya untuk layak buat kali kedua berturut-turut apabila menewaskan Poland dalam aksi terakhir selepas menewaskan Kanada dan India sebelum itu.

“Ini adalah satu kejayaan yang menggembirakan selepas kami berusaha dengan keras untuk layak ke Olimpik 2012 sekali gus mengulangi pencapaian 2008 di China. Sebelum ini prestasi kami tidak konsisten namun dengan pencapaian ini ternyata pemanah negara sudah mempamerkan peningkatan,” kata Jae-hyung.


Menurutnya, selepas tewas kepada Perancis, mereka kekal fokus dari segi mental dan fizikal untuk merebut satu lagi tiket selepas menyedari Great Britain turut layak ke suku akhir dan akhirnya Kanada (222-216), India (225-219) serta Poland (219-217) menjadi mangsa dalam laluan Malaysia untuk ke London.

Kejayaan itu pastinya menceriakan Jae-hyung dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) selepas melakukan percaturan berani apabila menghantar dua pemanah muda, Haziq dan Khairul Anuar berbanding tiga lain pemanah yang lebih berpengalaman.

Sunday, May 15, 2011

Pengalaman Baru

Hari ini dalam sejarah, pertama kali aku memandu kereta sebelah kiri. Memang best tapi perlu berhati2, maklum la baru nak biasa kn diri. hahahaha.. ermmmm... memang janggal tp menarik.. jgn tersalah masuk simpang sudah.. :)

Training di Korea...

Assalamualaikum, salam mesra dan Salam 1 Malaysia. Saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan mengenai pasukan Memanah Kebangsaan kita yang kini berada di Korea Selatan untuk menjalani latihan bersama dengan pasukan memanah di Korea. Seperti mana yang kita tahu bahawa Korea Selatan merupakan kuasa dunia dalam sukan memanah. Kehebatan mereka terbukti apabila kerap kali memenangi kejohanan memanah di peringkat antarabangsa. Ini merupakan peluang keemasan yang baik untuk atlet2 kebangsaan kita supaya mereka boleh mempelajari sesuatu yang berguna untuk dipraktikkan demi meningkatkan mutu sukan memanah di Malaysia.
Melalui pemerhatian saya di sini, terdapat beberapa faktor mengapa kita perlu menjalani latihan di sini. Faktor pertama yang saya lihat adalah berkaitan dengan fokus terhadap latihan.
Atlet2 kita lebih fokus terhadap latihan berbanding di padang latihan kita di Malaysia. Hal ini mungkin disebabkan atlet kita hanya melakukan latihan sebagai rutin harian berbanding jika di Malaysia, atlet2 kita terikat dengan jadual kelas dan juga hal2 lain. Penumpuan mereka hanyalah terhadap latihan dan bukan aktiviti lain.
Faktor lain yang saya lihat adalah atlet2 kita kerap kali melakukan "friendly match" bersama atlet2 korea. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan kpd atlet kita terutama semasa perlawanan pusingan olimpik. Banyak perkara dapat dipelajari oleh atlet2 kita terutama berkenaan dengan skill dan juga attitude semasa latihan. Atlet2 kita juga dapat berkongsi pandangan bersama pemanah2 mengenai corak latihan dalam usaha untuk meningkatkan prestasi masing2.
Faktor ketiga yang saya lihat adalah atlet2 kita melakukan latihan sepenuhmasa di sini. Oleh yang demikian, waktu latihan mereka bertambah antara 1 hingga 2 jam. Hal ini membuatkan atlet lebih stabil terhadap skill masing2 kelak kerana jumlah batang anak panah yang dilepaskan juga bertambah berbanding semasa latihan di tempat kita.
Terima kasih saya ucapkan bagi pihak atlet2 memanah kebangsaan kita kepada Majlis Sukan Negara kerana menyediakan peluang ini. Atlet2 juga perlu memikul tanggungjawab ini dengan berlatih bersungguh2 supaya mempersiapkan diri menjelang Kejohanan Memanah Dunia dan Kelayakan Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Torino, Italy pada bulan Julai nanti.
Akhir kata, selamat maju jaya dan majulah sukan untuk negara.

Friday, December 24, 2010

MALAYSIA VS INDONESIA

Assalamualaikum, salam mesra, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia... mari sama-sama kita ke Stadium Bukit Jalil pada hari Ahad ini untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara negara kita menentang Indonesia. Harap dapat menyaksikan perlawanan yang hebat dengan semangat kesukanan yang tinggi. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita mahu kemenangan. Selamat berjuang kepada pasukan negara dan harap lakukan yang terbaik demi negara tercinta. Semoga berjaya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...