Sunday, May 15, 2011

Training di Korea...

Assalamualaikum, salam mesra dan Salam 1 Malaysia. Saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan mengenai pasukan Memanah Kebangsaan kita yang kini berada di Korea Selatan untuk menjalani latihan bersama dengan pasukan memanah di Korea. Seperti mana yang kita tahu bahawa Korea Selatan merupakan kuasa dunia dalam sukan memanah. Kehebatan mereka terbukti apabila kerap kali memenangi kejohanan memanah di peringkat antarabangsa. Ini merupakan peluang keemasan yang baik untuk atlet2 kebangsaan kita supaya mereka boleh mempelajari sesuatu yang berguna untuk dipraktikkan demi meningkatkan mutu sukan memanah di Malaysia.
Melalui pemerhatian saya di sini, terdapat beberapa faktor mengapa kita perlu menjalani latihan di sini. Faktor pertama yang saya lihat adalah berkaitan dengan fokus terhadap latihan.
Atlet2 kita lebih fokus terhadap latihan berbanding di padang latihan kita di Malaysia. Hal ini mungkin disebabkan atlet kita hanya melakukan latihan sebagai rutin harian berbanding jika di Malaysia, atlet2 kita terikat dengan jadual kelas dan juga hal2 lain. Penumpuan mereka hanyalah terhadap latihan dan bukan aktiviti lain.
Faktor lain yang saya lihat adalah atlet2 kita kerap kali melakukan "friendly match" bersama atlet2 korea. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan kpd atlet kita terutama semasa perlawanan pusingan olimpik. Banyak perkara dapat dipelajari oleh atlet2 kita terutama berkenaan dengan skill dan juga attitude semasa latihan. Atlet2 kita juga dapat berkongsi pandangan bersama pemanah2 mengenai corak latihan dalam usaha untuk meningkatkan prestasi masing2.
Faktor ketiga yang saya lihat adalah atlet2 kita melakukan latihan sepenuhmasa di sini. Oleh yang demikian, waktu latihan mereka bertambah antara 1 hingga 2 jam. Hal ini membuatkan atlet lebih stabil terhadap skill masing2 kelak kerana jumlah batang anak panah yang dilepaskan juga bertambah berbanding semasa latihan di tempat kita.
Terima kasih saya ucapkan bagi pihak atlet2 memanah kebangsaan kita kepada Majlis Sukan Negara kerana menyediakan peluang ini. Atlet2 juga perlu memikul tanggungjawab ini dengan berlatih bersungguh2 supaya mempersiapkan diri menjelang Kejohanan Memanah Dunia dan Kelayakan Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Torino, Italy pada bulan Julai nanti.
Akhir kata, selamat maju jaya dan majulah sukan untuk negara.

2 comments:

  1. salam coach tahnia kerna dapat brguru di korea lak.. kami guru d sekolah pun begitu berusaha agar murid dapat shoot lebih kerap dipadang dan alhamdullillah kami lebih berjaya tahun ni.. klu coach ada masa bo wat program ke PD sekolah kami sebagai pusat latihan sukan prestasi tinggi Daerah PD.. saya ada 2 orang pemanah yg form 3 tyang berbakat.. klu ader peluang.. cuba berikan mereka ruang untuk saya tonjolkn bakat mereka.. amin.. tahniah.. terus berusaha untuk negara

    ReplyDelete
  2. tahun ni kamu akan ke terengganu untuk mssm 2011 pada 1 - 5 jun.. cuti sekolah ni.. harap NAAM dapat berada disana untuk pemanntauan bakat. terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...