MY BIODATA

BIODATA DIRI


Nama  : Muhammad Marbawi Bin Sulaiman

Umur   : 30 Tahun

Tarikh Lahir     : 30 Januari 1983

Tempat Lahir  : Kg. Kuak Luar, Pengkalan Hulu

Asal     : Pengkalan Hulu,Perak

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Status  : Berkahwin

Pekerjaan        : Jurulatih Memanah

Hobi     : Aktiviti Sukan dan Rekreasi, Memancing

Tempat Bertugas        : Majlis Sukan Negara Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Tahap Pendidikan

Sekolah Rendah          :Sekolah Kebangsaan Kroh, Pengkalan Hulu

Sekolah Menengah     : Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban (1996-1999)

                                    : Sekolah Menengah Anderson, Ipoh (2000)

Pendidikan Tertinggi   : Diploma Kesihatan dan Kecergasan (UiTM)


Soalan – soalan:

1. Bagaimanakah saudara mula-mula menceburi sukan ini?
Saya mula menceburi sukan ini ketika berumur 14 tahun semasa berada di tingkatan 2 SMK Tun Saban (1997) atas pelawaan rakan-rakan. Pada mulanya sekadar suka-suka tetapi lama-kelamaan timbul rasa minat untuk mendalami sukan sunnah ini. Pada ketika itu, sukan memanah baru sahaja diperkenalkan di SMK Tun Saban. Atas bimbingan dan tunjuk ajar dari Cikgu Rudzainoor dan Cikgu Halim Ismail, syukur Alhamdulillah saya berjaya sampai ke tahap ini.

2. Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan memanah?
Setelah terpilih mewakili negeri Perak ke Kejohanan MSSM di Bandar Penawar, Johor pada tahun 1997, saya merasakan bahawa saya mampu mencapai ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pelbagai usaha saya lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut. Saya kerap melakukan latihan setiap hari di waktu petang setelah habis waktu persekolahan di sebelah pagi. Saya korbankan masa untuk aktiviti lain semata-mata untuk melakukan latihan memanah. Sewaktu berada di sekolah lagi, saya bercita-cita untuk mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sukan olimpik. Dengan semangat dan keazaman yang tinggi serta hasil dari latihan yang berterusan, Alhamdulillah impian saya menjadi kenyataan.

3. Cabaran-cabaran dalam sukan memanah?
Antara cabaran yang ditempuhi semasa menceburi bidang ini adalah seperti kekurangan peralatan, tiada tempat latihan yang bersesuaian dan faktor kekurangan kewangan serta keseimbangan antara akademik dan sukan. Sewaktu berada di SMKTS, kekurangan peralatan menjadi cabaran utama dalam bidang ini. Walaupun sibuk dengan latihan, penekanan terhadap akademik perlu diseimbangkan dan saya melakukan ulangkaji pelajaran di waktu malam.  

4. Petua-petua kejayaan dalam sukan ini?
Apa saja bidang yang kita ceburi, perlu ada minat dan komitmen. Tanpa minat dan komitmen, saya percaya kita sukar untuk mencapai kejayaan. Selain latihan yang berterusan, amalan pemakanan sihat dan latihan konsentrasi perlu dilakukan. Amalan-amalan seperti zikir dan meditasi mampu membuatkan kita sentiasa tenang dan memberi konsentrasi yang tinggi. 



5. Perspektif atau tanggapan dalam bidang sukan memanah?

Sukan memanah masih baru di Malaysia dan masih dalam proses pembangunan berbanding dengan negara-negara Eropah, Amerika dan sesetengah di rantau Asia. Namun begitu, pada perspektif saya, walaupun masih baru tetapi kita mampu bersaing dengan negara-negara yang telah lama berkecimpung dalam sukan ini berbanding dengan sukan-sukan lain seperti bola sepak dan sebagainya. Sememangnya sukan memanah ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dari segi peralatan dan senggaraan peralatan. Namum begitu, dengan bantuan yang disalurkan oleh badan-badan sukan seperti Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sokongan dari pihak sekolah serta PIBG, kita mampu memdedahkan sukan memanah ini kepada pelajar-pelajar sekolah. Malahan di sesetengah sekolah yang mempunyai atlet yang berpotensi dijadikan pusat latihan khas agar pelajar-pelajar ini dapat menjalani latihan dengan baik dan sistematik.



7. Sukan memanah dijadikan karier utama atau sampingan?
Setelah bersara sebagai atlet memanah pada tahun 2009, saya beralih kepada bidang kejurulatihan. Buat masa kini, saya memilih kerjaya sebagai jurulatih untuk dijadikan sebagai karier utama memandangkan negara kita masih kekurangan jurulatih memanah.
    
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...