TIADA jaminan tempat buat empat pemanah termasuk dua pemanah Olimpik yang disenarai dalam Road to London ketika hanya tiga slot disediakan dan akan dinilai menerusi pencapaian terbaik, bermula tahun ini.
Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Lee Jae-hyung ketika empat anak buahnya termasuk dua pemanah muda yang diserap menyertai elit, awal tahun ini, Fazli Hisham Fauzi (ranking 209) dan Arif Farhan Ibrahim Putra (83) adalah antara 21 atlit yang disenarai dalam Road to London.
Dua pemanah muda berusia 19 dan 20 tahun itu selain pemanah Olimpik, Wan Mohd Khalmizam Wan Abdul Aziz yang berada pada ranking 52 dunia, dilihat mendapat tuah atas tiket pasukan memanah Malaysia yang berada di tangga kelima dunia ketika ini. Sementara pemanah paling konsisten, Cheng Chu Sian tampak berada dalam zon selesa apabila menduduki ranking 12 dunia.
“Pemanah perlu memperbaiki dan membuktikan prestasi daripada sekarang, kerana bukan sekadar hanya tiga pemanah akan mewakili negara beraksi di Olimpik London, 2012, tetapi calonnya akan turut beraksi di pentas kelayakan iaitu setahun sebelum kejohanan berprestij itu,” kata Jae-hyung.
“Lantas, hanya tiga yang terbaik akan menjadi pilihan.”
Syarat itu turut disasarkan menjelang kejohanan utama akhir tahun ini iaitu Sukan Asia dan Komanwel yang juga menyediakan tempat untuk tiga pemanah saja.
Seramai 21 atlit dalam senarai Road to London membabitkan badminton (8), basikal (5), terjun (5) dan memanah (4) sehingga kini dan pemilihan berdasarkan ranking terbaik dunia.
Atlit yang kekal disenarai dalam tempoh setahun sebelum berlangsungnya temasya sukan berprestij di London akan menerima kelebihan termasuk elaun tambahan RM2,000 sebulan.

No comments:
Post a Comment